Tuesday 26 June 2012

Finally


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera to all bloggers and readers. Aiseh, speaking pulak.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Finally,dapat juga aku menghasilkan sebuah blog. Thanx a lot kepada sahabat-sahabatku atas tunjuk ajar bagi menghasilkan blog ini. Banyak benda aku belajar. Rupa2nya senang je nak create blog ni. Tapi, aku je malas nak explore..So, as budak baru belajar, masih banyak perkara yang aku perlu tahu dan explore.

Tujuan aku menulis blog ni disebabkan kadang-kadang tidak semua perkara kita dapat tunjukkan atau nyatakan melalui kata-kata, jadi aku memilih untuk menulis dalam blog ini sebagai tanda ekpresi diriku terhadap perkara yang berlaku disekeliling aku . Btw, blog ni juga dihasilkan untuk dicoretkan kisah suka duka kehidupanku tidak kisah sebagai seorang pelajar, anak, kakak, muslim, khalifah, dan hamba ALLAH.

So, firstly, kalau x kenal, maka x cinta kan? Nama yg diberi oleh kedua ibu bapaku, Nur Haziqah Binti Abdul Hamid, menetap di Sabak Bernam, Selangor. Seorang pelajar di Universiti Malaysia Pahang, mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). Alhamdulillah, aku sudah berjaya mengharungi 4 semester yang bagiku sangat dan teramat mencabar. Tinggal lagi 2 semester di UMP dan 1 semester untuk LI dan InshaALLAH, Software Engineer to-be soon. Sekarang menggalas amanah sebagai Timbalan Pengerusi Helwi Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1.

Sepanjang keberadaan di UMP, banyak perkara yang aku belajar tidak kira dari sudut kepimpinan, pembelajaran, interaksi dan komunikasi, tangunggajawab, dan macam2 lagi. Kalau nak cerita semua dalam satu entri ni memang x cukup. InshaALLAH, nanti aku akan try update cerita, karenah dan suka duka kehidupan aku di UMP.

Semoga hasil tulisan ini dapat memberi motivasi utk diriku juga kepada para pembaca semua :)

Ok, stakat ni je dulu tulisanku. Akanku update blog ni dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment