Sunday 22 July 2012

"Tapi...kami tak couple...."



 “Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?”


“Tukarlah hati baru.”

“Hati baru? Antum ni berlawak ke?”

“Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil mengerut dahi dan menahan gelak.

+++

“Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?”

"Yang mana?”

“Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.”

“Heh, terajang karang.”

“Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru, sebab hati lama antum tu antum sendiri mengaku ada problem. Benda-benda yang bermasalah ni janganlah disimpan lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh. Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali,

“Carilah hatimu di tiga tempat:
1) ketika membaca al-Qur'an
2) ketika solat
3) ketika mengingat kematian.
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!”
[Imam al-Ghazali]

“Itu ana dah try dah.”

“So? Masih tak ada hati lagi?”

“Entah lah.”

“Ok akhi, baik antum cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya ni ? Antum nak nikah ke?”

“Hehe. Lebih kurang lah.”

“Ha?! Betulkah?”

“Tidak lah. Tapi, lebih kuranglah.”

“Err.. Ana tak faham.”

+++

“Ana sebenarnya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Kami..”

“Hah!! Couple?!”

“Eh. Rileks dulu. Tak habis cerita lagi..”

“Oh.. Ok ok. Teruskan bercerita.’

“Kami kenal tahun lepas. Masa pertandingan debat dekat sekola dia. Tapi, kenal-kenal gitu je lah. Tak ada apa-apa pun. Cuma sejak kebelakangan ni kami selalu berhubung. Itu yang ana risau ni.”

“Risau part yang mana? Debat?”

“Heh. Bukan debatlah! Ana risau sebab kami dah semakin kerap berhubung.”

“Akh, kalau antum berhubung itu atas sebab alasan yang syar’ie, tak ada masalah. Yang jadi masalah itu apabila antum dengan dia berhubung, mesej-mesej benda yang tidak penting. Sebab benda ni mungkin kecil akh, tapi ianya tetap akan membuka ruang dan peluang untuk antum berzina dengan dia. Hoho. Ekstrim gila analogi.”

“Hmm.. kami tak couple pun. Mesej pun macam mesej dengan member je. Gelak-gelak. Buat lawak. Tak ada pun mesej yang jiwang-jiwang.”

“Hmm.. Ok, tak kisahlah apa yang antum buat dengan dia. Ana nak tanya satu benda. Apa manfaatnya antum buat benda ni?”

“…”

“Adakah antum menjadi lebih beriman? Ana rasa tidak., sebab antum sendiri dah mengaku antum ada masalah hati.”

“Tapi, kami selalulah juga tukar-tukar mesej bagi tazkirah. Kejutkan subuh. Solat.”

“Hah. Lagi berat ni..”

“Kenapa?”

“Antum suka kat dia?”

“Kena jawab kah soalan ni?”

“Heh. Sukalah tu. Akhi, ana harap antum dapat istighfar cepat-cepat. Mohon ampun pada Allah.”

“Ana tak faham..”

“Mohon ampun pada Allah sebab dalam hati antum sekarang ni telah wujudnya cinta yang lain selain Allah. Itu sangat bahaya, akhi..”

+++

“Akh, salahkah sukakan seorang perempuan.”

“Ana quote kata-kata Ustaz Emran je lah mudah..”

"Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu nasihat saya buat mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!"
[Emran bin Ahmad]

“Maknanya?” “Cinta itu fitrah, akhi. Dan Islam itu bukanlah agama yang mengharamkan fitrah. Gila apa nak haramkan fitrah manusia.”

"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[QS Ali ‘Imran, 3:14]
  “Tapi, Islam itu turun semata-mata untuk menyempurnakan akhlak, menetapkan sesuatu peraturan agar sesuatu yang bernilai dan sangat berharga itu tidaklah dicemari dengan kekhilafan serta kebodohan manusia macam kita ni.”

“…”

“Nak menyukai seorang wanita itu tidak ada masalah. Tapi, antum kena ingat. Hidup kita ini ibadah. Cinta itu juga ibadah. Maka ibadah kehidupan ini akan menjadi lebih indah jika dihiaskan dengan ibadah cinta yang benar. Jadi akhi, janganlah kita campuri ibadah yang sangat indah itu tadi dengan nilai-nilai kemaksiatan.”

“Tapi, kami tak couple..”

“Antum selalu messaging dia kan?”

“Ya.”

“Call?”

“Kadang-kadang..”

“Antum ada perasaan kat dia?”

“Sikit.”

“Sikit?? Ok, tak pe, dan dia juga seolah-oleh melakukan hal yang sama pada antum. Betul kan?”

“Err..”

“Betulkan?”

“Ya lah kot.”

“Itu couplelah namanya.”

“Kenapa pula?”

“Dari sudut pandang ana, couple ini apabila seorang lelaki dan seorang itu berhubungan untuk hal-hal yang tidak penting atau tidak perlu. Mereka mungkin chatting, messaging macam kawan biasa, tetapi lambat laun yakinlah bahawa mereka itu nanti akan terjerumus dalam perangkap yang mungkin mereka sendiri tidak merasakan itu sebagai perangakap. Sebab perbuatan dosa dan maksiat itu sangat indah. Terutamanya apabila syaitan sudah menjadi tangan yang mengatur, bukan lagi iman yang menjadi percaturan.”

“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”
[QS Al-An’am, 6:112]

“Syaitan dalam bentuk jin mahupun kawan-kawan kita ni akan sentiasa berusaha membisikkan perkataan yang indah sebagai tipuan, akhi. Dan antum tanyakan dalam diri antum sendiri. Adakah antum termasuk dalam golongan-golongan mereka yang tertipu sekarang ni.”

“…”

“Aku bukan couple, tak declare pun. Aku tak jumpa dia pun, setakat suka-suka je mesej-mesej gitu. Macam-macam lagilah alasan yang akan diilhamkan syaitan kepada kita nanti demi untuk membenarkan perbuatan yang salah itu.”

“Tapi, kami tak ada apa-apa pun.”

“Kalau benar tak ada apa-apa, maka antum kena pastikan antum benar-benar tak ada apa-apa dengan dia lagi lah lepas ni. Tak ada mesej-mesej. Tanya khabar masih boleh, tapi setakat itu sahaja. Tambahan, dia duduk kat Perlis, antum Perak. Huh, tak ada keperluan yang mendesak pun ana rasa yang boleh dibincangkan bersama. Dua-dua masih sekolah lagi tu. Nak SPM lak tu. Adeh.”

“Hmm..”

+++

“Akh, tanyakan semula pada diri antum. Siapa sebenarnya cinta dalam diri antum? Kalau benar Allah. Cuba tanyakan lagi, adakah antum dah cukup berbuat demi membuktikan cinta antum pada Dia. Kalau sudah. Tanyakan lagi, kenapa antum perlu mencintai Dia?”

“….”

“Selesaikan dahulu urusan cinta antum dengan Allah. Insya-Allah, Allah akan selesaikan urusan cinta kita di dunia ni.”

“Tapi, nanti dia kecil hati pula. Kata ana sombonglah, kolot. Atau dia nak pi bunuh diri ke nanti. Macam mana?”

“Antum nak biar dia kecil hati dengan antum, atau antum nak biar Allah yang kecil hati dengan antum? Lagi satu, akhi. Kalau benar sekalipun Islam ini agama yang kolot dan ketinggalan zaman, maka ana bangga menjadi orang yang kolot dan ketinggalan zaman. Kerana ianya agama dari Allah. Dia nak bunuh diri? Biar jelah, itu masalah dia. Jangan dia bunuh antum sudah. Hehe.”

“…”

“Hehe. Rileks.. Hisab balik diri antum. Antum kat mana sebenarnya ni? Bersihkan balik diri antum. Dekatkan semula diri antum dengan Allah.”

+++

“Ok lah akh, Islam agama yang mudah. Jadi, kalau antum benar-benar nak bercouple juga. Cuba tengok surah yang ke-24, ayat ke-32.”
“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
[QS an-Nuur, 24:32]

“Alah, nikah ke?”

“Kalau tak nak nikah, antum kena tengok pula kepada surah ke-24 juga, ayat ke-30.”

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
[QS an-Nuur, 24:30]

“Heh. Sama je..”

“Maka antum kena jaga pandangan antum. Baik pandangan lahir melalui mata. Mahupun pandangan secara halus melalui hati antum. Kalau tak nak juga, berbalik kepada step pertama tadi. Surah ke-24, ayat ke-32.” "Beratlah, akh." "Alah. Macam budak-budak kecil. Mujahadah lah sikit!"

"Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan ALLAH swt akan memberi pada rasa lezat beribadah di hatinya."
[HR Ahmad dan Al-Tabrani]




Thursday 19 July 2012

Akan Ku Jumpa... Azfar...



Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/azfar/akan_ku_jumpa.html ]
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

Wednesday 18 July 2012

ibunda...


"ya Allah, sejak balik kampus hari tu(08hb julai) hingga hari ni akk tak telefon mak ayah akk??", kata salah seorang dari adinda ku ketika sedang bersiap2 utk ke masjid semalam(17hb julai)... "yup, teruk en akk ni", jawab ku sambil tersenyum... sedangkan hati teringat(rindu) pada bunda & ayahanda di kampung...

tepat 8:09pm (17hb julai 2012) di masjid, mak call... wink3~......


“assalamualaikum, tengah buat apa tu? Di masjid yer..?”, kedengaran suara bunda dirindui dihujung nun dalam talian.

“wa’alaikumussalam... a’ah mak..”, sedangkan hati sebak berbaur kerinduan mendalam. Manakan tidak, baru beberapa hari dianjung yang usang, sudah dipanggil untuk kembali ke kampus diatas urusan tertentu.

“sihat ke nih..? lama tak telefon ye..sibuk sangat ker?”, hmm..seperti diketuk jer kepala ni @_#, adeh!sakit, tapi sayang! T.T.. “alhamdulillah, sihat mak...hmm..sibuk skit jer mak.. jimat, tak de duit dah”, ops..aku terlepas cakap!hmm...

“tak de duit? Haa.. minta dengan abah eh...dah makan belum?”, tanya bunda lagi. Sebak rasa hati ni, seakan bunda mengerti apa yang anaknya sedang hadapi..

“hmm..dah makan da... hmm..nanti angah sms abah eh, tapi segan la mak...”, kataku lagi.

“nak segan apanya, ayah kamu je tuh..”, kata bunda.. ok mak....dalam hati..

Ku akhiri panggilan rindu ini dengan salam dibibir... allah, rindu nyer....
  

Kesatuan hati...benarlah, apa pun yang kita rasa, pasti bunda akan turut merasa.. kerana dia yang melahirkan, segalanya2 dia lakukan untuk kita. Dia lebih kenal siapa kita dari kita kenal diri kita sendiri..


mood: rumah ku...

Monday 16 July 2012

Hasan Al-Banna




“Pencinta dunia menangi
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.

Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak
di atas bumi kamu”


As-Syahid al-Imam Hassan Al- Banna Rahimahullahu Taala.

Saturday 14 July 2012

Sahabat ... najwa latif


Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

Wednesday 11 July 2012

.::taklifan::.


Amanah terhadap apa yg dipertanggungjawabkan keatas mu …

Tiba-tiba teringat…
24 februari yang lalu… telah berlangsung satu event yang agak besar yang untuk pertama kalinya saya handle sepanjang berada di UMP. Before ni ada la jugak beberapa program yang telah saya handle, tapi sekadar menjadi dan memegang jawatan biasa jer…
Menjadi seorang PENGARAH PROGRAM bukanlah sesuatu yang mudah…huhuhu… nak fikir itu, nak fikir ini @_#..  Alhamdulillah, jawatan yang disandang ketika itu ada berat dibahu, menjadi seorang Pengarah Program bagi program under PEKA1 iaitu program Jom Gegar KK1 bukanlah mudah seperti yang disangka….
Namun, segalanya berjalan dengan sempurna biarpun terkadang terlari sedikit dari apa yg dirancang, btw, terima kasih banyak2 pada ajk2 yang terlibat secara langsung @ pun secara tak langsung ^^, memang syok la ada korang~

Kat sini, saya ada sertakan beberapa gambar sekadar mencuci mata buat kamu2 wahai pembaca blog ku \(~,~)/ huhuhu








































Baru2 ni ada terbaca blog sahabat baik saya, ringkas tapi PADAT. Membuatkan saya tertanya-tanya… begini la lebih kurang ayatnya….

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Ketahuilah! Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta dipertanggungjawabkan atas kepemimpinan-mu.”

Jadi wahai pembaca yang setia, marilah kita renung-renungkan bersama…  apakah yang kita lakukan untuk Islam?? Hmm.. tak perlu jawab disini, cukuplah sekadar jawab dihatimu… J



Wallahu’alam..bertemu kembali pada post yg seterusnya ^^,


Sunday 8 July 2012

Kita Bukan PELAJAR lagi laaa...


Sedang sembang2 dengan kawan baik disebelah, tetibe teringat…. Apa agaknya mahasiswa buat skrg yer…. Adakah sedang tidur? Atau mungkin sedang study? Atau mungkin sedang BERCUTI? Hah! Yang aku tahu, sebahagian dari kawan2 ku dikampus, sedang menjalankan sebahagian dari gerak kerja utk Minggu Induksi Siswa (MINDS) 2012..aku? sedang bermusafir…hehe.. insha allah, akan sampai ke Universiti Malaysia Pahang dalam masa terdekat..fuh!rindu boh pada kamu(ump)! Hehe ^^

            Ntah kenapa, hati tertanya2… MAHASISWA itu, apa peranannya pada kita sebenarnya? Apa peranan MAHASISWA itu, pada MASYARAKAT? DAN apa peranannya pada NEGARA?? Dan aku sendiri kurang jelas, MAHASISWA itu, apa sebenarnya? Sedang tertamya2, tangan dok ‘click’ & ‘search’ di google…

            “Mahasiswa atau Mahasiswi adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universiti atau perguruan tinggi.”


Namun, apakah PERANANnya kepada NEGARA… aku terbaca 1 blog, ini yang dikatakannya…

“Mahasiswa adalah barisan pelapis untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka sering diambil perhatian oleh segenap kumpulan semasa melalui zaman pembelajaran di universiti. Namun agak malang, aura kelompok ini hilang sedikit demi sedikit apabila memasuki alam pekerjaan dan sumbangan mereka hanyalah terhad sebagai pekerja kolar putih / biru dalam syarikat-syarikat.”


Kepada masyarakat??apakah?? hanya menjadi tontonan masyarakat sajakah?

“1. Membuatnya sebuah organisasi di ruang lingkup masyarakat agar terdapat interaksi masyarakat antara satu sama lain
2. Pengajaran akan ilmu pengetahuan umum dan pemahaman yang lebih terhadap kehidupan masyarakat untuk memberikan ilmu akan dampak baik dan dampak buruk untuk kehidupan contoh seperti pemahaman NARKOBA, PERGAULAN BEBAS, FREE SEX, dan DAMPAK DAMPAKNYA bagi masyarakat , metode ini dapat dikembangkan dengan seminar dan musyawarah antar mahasiswa dengan masyarakat
3. Membangun sebuah acara bagi masyarakat sehingga terjadinya pendekatan yang lebih baik lagi antara satu dengan yang lainnya
4. Bersosialisasi akan kepedulian social yang dikembangkan dimasyarakat sehingga terdapatnya bantuan dan adanya saling tolong menolong dsb”

Itu baru sebahagian dari peranan2 mahasiswa… ada BANYAK lagi sebenarnya.. dalam sedar atau TIDAK, ADAKAH ANDA TERFIKIR, ADAKAH MAHASISWA ITU SEDAR BAHAWA MENJADI SEORANG MAHASISWA YANG HEBAT, BUKAN SEKADAR TERLETAK PADA IJAZAH YANG BAKAL DICAPAINYA, TAPI TERLETAK PADA AKHLAKNYA. ANDA SETUJU? Apakah MAHASISWA itu, belajar sekadar BELAJAR? Hmm… NANTIKAN!


“mahasiswa pemangkin negara” ^^,

Sunday 1 July 2012

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran...



Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.


01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.


02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.


03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.


04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.


05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.



" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]


"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]






- Artikel iluvislam.com