Friday 22 February 2013

-Bicara Kasih Itu-


Hatinya mengaduh sakit, bisikan terus kedengaran, ‘Mungkin ini satu ujian buat mu, satu demi satu ujian datang…Allah..’. Seakan mengeluh, hakikatnya? Sabar dan terus menerima dalam rela paksa. ‘Memang salahmu!’, desakan hatinya yang terus dan terus menghantuinya.

Beratapkan bumbung zink, suasana kampung diwaktu malam memang mendinginkan. Bertemankan nyamuk yang terkadang seketika hinggap pada sebujur tubuh itu. ‘Pap! Hampir kena!’, kata hatinya.

Fikirannya melayang… Teringat olehnya dipenghujung tahun 2012 yang baru sahaja dilaluinya. Disaat sedang membuat persediaan untuk berperang di medan dewan peperiksaan, yang hanya bersenjatakan alatan tulis diwaktu itu, sedangkan hatinya sudah berada di rumah, panggilan dan seruan dari Ummi & Abi terus-terusan terngiang ditelinganya. “Selepas berakhirnya darurat pertempuran itu, pulanglah ke halaman, banyak persiapan tidak dalam diusaikan lagi disini. Kekandamu cukup sibuk dengan pekerjaanya, sedangkan urusan untuk majlisnya banyak lagi tidak selesai ”, ringkas bunyinya, namun sedikit berbaur kesayuan. Hati seorang Ummi, mana mungkin tidak terasa dengan telatah anak senakal dia. Dia cukup terkenal dengan kenakalannya, tawanya, gurauannya bila berada dalam kalangan sahabat-sahabatnya. Tapi Ummi cukup pelik melihatnya, bila dia bersama adik beradik kandungnya, dia cukup garang dan tegas. “baik mi… nanti Safiyah pulang yer… tapi lewat skit mi… ada urusan disini yang perlu diselesaikan.. maaf ya Ummi…”, balas bicaranya dalam keadaan yang sedikit serba salah. 

Safiyah, mungkin tidak asing lagi namanya dalam bualan orang sekeliling dan keluarganya. Anak kedua dari lima adik beradik. Dia yang masih menuntut di Universiti Mencari Pahala. Darah anak muda yang membuak-buak bila dicemuh, ditohmah, dipandang rendah. Namun kebenaran hidupnya masih mendung, sedang mencari-cari lagi. Mahu bermusafir katanya dalam hidup ini. ‘Aku cuma Musafir, yang sedang belajar erti kehidupan’, ayat yang sudah disinonimkan dalam jiwanya.

“Ingatkan, kalau dah habis paper ni, boleh rehat. Tapi banyak pula kerja mendatang.”, leterannya dalam senyap. “Sabar, tiada istilah rehat dalam hidup seorang pejuang Islam”, balas sahabatnya spontan. Seperti kena pancung tali jantungnya, ‘Adeh! terkena balik aku, biasanya aku yang cakap pada orang lain’. Tiba-tiba hatinya teringat pada bicara seorang dari Murabbinya, ‘kalau nak selesa itu, bukanlah kerja dakwah’. Terubat sedikit hatinya dengan bicara-bicara peringatan seperti itu.

Terpaksa dilanjutkan kepulangannya ke halaman rumah diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun beruntung baginya, mempunyai keluarga yang berlatarbelakangkan keluarga yang faham dan kenal tentang perjuangan Islam itu sendiri, maka tiap langkahnya di Universiti Mencari Pahala itu mendapat sokongan penuh dari Abi dan Ummi. Allah, itu satu kelebihan dan anugerah yang Allah berikan kepadanya. Manis terasa.

Tahun 2013, sudah beberapa hari memasuki usia barunya. Safiyah teringat adinda bongsunya di kampung. ‘Hari ni adik baru masuk sekolah, tahun 1 plak tu, pasti comel’, bicara hatinya sedikit riang, dilupakan sebentar paper exam yang akan dijalaninya pada keesokan harinya. Lalu dicapai telefon bimbit yang berada berhampirannya, dicari-cari nombor telefon Ummi. “Assalamualaikum mi. tengah buat apa tu? Adik sekolah hari ni kan, macam ne dia, ok tak?”, ujar Safiyah seusai Ummi  angkat panggilannya. “Alhamdulillah, sihat. A’ah. Macam tu la dia. ”, balas Ummi ringkas. “Ummi, nak cakap dengan Adik.”, katanya lagi. Kasih sayang dan rindu yang teramat pada adik bongsunya itu disimpan cantik dalam hati, siapa sangka disebalik ketegasan dan kegarangannya itu, masih mempunyai indah seperti itu.

“Assalamualaikum. Ye, kenapa nak cakap dengan Adik”, kedengaran dihujung talian suara yang sudah lama tidak didengarinya. “Wa’alaikumussalam, Adik sihat? Macamana sekolah hari ni?”, Safiyah bertanya sambil tersenyum mendengar bicara adiknya itu. “sihat, macam tu la. Okey jer.”, katanya pendek. Suara seakan-akan keletihan. “Adik penat lah, cakap dengan mak la yer.”, sambungnya lagi. Huh!hati Safiyah sedikit hampa. Tapi dia tergelak-gelak, ‘kelakarlah adik ni, first time dia bicara seperti itu. Biasanya dialah orang paling excited nak cakap dengan aku bila kami berhubung’, bisik hatinya. Panggilan ditamatkan setelah beberapa ketika berbicara dengan Ummi.

Safiyah mendengar perkhabaran tentang adik bongsunya disekolah dari Ummi. “adik sekolah hari ni, Abi bagi duit 50 sen untuk belanja sekolah rendah kebangsaan. Dia beli kuih 20 sen, ada baki 30 sen. Dia makan dengan kawan dia, kawan dia beli nasi lemak, habis duit kawan dia, tak cukup beli air. Nak kata baiknya si Adik ni, dia tolong kawannya belikan air, guna duit dia.hee”, kata Ummi Safiyah sambil ketawa. Safiyah mendengar cerita umminya dengan riang. ‘haha, kelakarlah adik nih… baik sangat, bahaya-bahaya.’, bisik hatinya. Terubat sedikit kerinduannya pada keluarganya dirumah. Menangis hati kecilnya, ‘Allah, moga diri ini lebih kuat’.

Diamati gambar keluarganya sepuas-puasnya, gambar keluarga yang diambil ketika Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Gambar yang ditampal berhampiran sudut bacaannya, menjadi sumber inspirasinya. Jauh disudut hatinya, ‘Abi..Ummi… lama lagi daku disini, masih dalam keadaan mencari tapak untuk sesuaikan diri dengan sekeliling. Banyak kali sudah tersungkur, namun Abi dan Ummi masih memberi sokongan. Terima kasih…’, sebak hatinya. Ditahan airmatanya dari mengalir, bukan hatinya tidak pernah sedih.

            Hidup berjauhan, sudah hampir 3 tahun dia bertapak di negeri asing. Itulah kali pertama dia berpisah jauh dari keluarganya. Sayu hatinya menerima keputusan tentang tawaran melanjutkan pelajaran. Pelbagai cara telah dilakukan. Abi, mendidik anaknya dengan penuh dedikasi. Kecintaannya. Segala kebergantungan, hanya kepada Allah. Istikharah menjadi pemutus segala tindakan. Diatur langkahnya, dan dibumi asing itu ia mengenal erti kehidupan yang sebenar. Kehidupan sebagai seorang pejuang Islam, seorang Da’ie !




No comments:

Post a Comment